Pembangunan British Aerospace Hawk 200

Pada tahun 1984, British Aerospace (kini BAE Systems) telah memutuskan untuk meneruskan pembangunan bagi sebuah versi pesawat tempur berdasarkan pesawat Hawk, yang mana didesignasikan sebagai Hawk 200; pada masa ini keluarga pesawat Hawk biasanya digunakan sebagai sebuah pesawat latihan lanjut dengan keupayaan tempur. Sebuah pesawat demonstrasi telah dihasilkan untuk menyokong proses pembangunan, yang mana telah membuat penerbangan sulungnya pada 19 Mei 1986.[3]

Kurang daripada dua bulan selepas membuat penerbangan ini, pesawat demontrasi Hawk 200 telah terlibat dalam satu kemalangan maut, membunuh juruterbang ujian BAe, Jim Hawkins; Hawkins dituduh mengalami disoriented atau tidak sedarkan diri, disebabkan oleh daya g-LOC (g menyebabkan kehilangan daya kesedaran), semasa melakukan aksi manuver bagi mengkaji kelincahan pesawat.[petikan diperlukan]

Meskipun kehilangan pesawat ini, BAe meneruskan program Hawk 200; menjelang tahun 1987, contoh pra-pengeluaran pertama telah dikeluarkan.[2] Pada tahun 1990, Hawk 200 berjaya menerima pesanan pertama apabila Oman memilih untuk membeli 12 buah pesawat Hawk 203, yang mana kesemuanya telah diserahkan menjelang tahun 1993.[1]